Wanita memang makhluk yang menakjubkan kerana wanita sering hadir dengan kecantikan, lekuk body badan yang menawan, kelembutan serta tingka h laku yang sangat beda dengan lelaki. Dalam pada masa yang sama, lelaki juga mempunyai kriteria dalam memilih wanita, rnath pacar atau sekedar teman. teman tidur? hueheue.. Jangan sangka lelaki akan tertarik kepada setiap engkau wahai wanita yang mereka jumpai kerana mereka juga ada ciri-ciri wanita yang mereka tidak gemari lantas mereka hindari.

Cara Jalan “Perempuan kalau jalan style lelaki (tomboy) memang tidak menarik!” Tapi menurut saya pribadi sih oke² saja, :) malah menantang :D . Lelaki tidak suka wanita yang jalannya goyang pinggul atau melentuk-liuk terlalu menunjukkan ciri-ciri keperempuanan, tetapi melangkah seperti orang lelaki. Biar ayu wanita tidak hilang apabila berjalan.

Katakan Tidak Kepada Bedak Sejuk! “Saya cukup tak syok tengok orang perempuan pakai bedak sejuk apabila keluar rumah. Sekarangkan dah ada Maybelline…,” Azri ( bkn nme sbnar ), 25, dari Kedah memberi komen tentang gadis-gadis utara dan pantai timur yang gemar menggunakan bedak sejuk sebagai bedak asas muka. Beliau tidak ada masalah jika mereka ingin menggunakan bedak sejuk di waktu malam di dalam rumah atas tujuan kecantikan kulit tetapi bukan untuk dilihat oleh orang awam.

Gedik, Getik! Gedik atau getik ialah perkataan yang digunakan untuk merujuk kepada gadis-gadis yang bereaksi lebih emosi daripada yang sepatutnya. Contohnya, jika terdengar lawak jenaka, ketawa gadis ini akan mengilai-ngilai walaupun lawaknya tidaklah seberapa kelakar. Getik juga terjadi jika terlebih mengada dengan orang-orang lelaki di sekeliling. Bercakap dalam nada yang kuat dan manja-manja untuk mendapat perhatian orang sekeliling juga antara unsur si gedik. “Saya lebih rela dapat yang bisu daripada yang getik!”, Tahir ( bkn nme sbnar ), berusia 21 tahun, yang tinggal di Kampung Baru memberi komennya kepada GUA.

Kurang Ajar, Tak Sopan! “Paling tak manis kalau perempuan tak sopan kepada sesiapa saja”, Azmi ( bkn nme sbnar ), 35, dari Puchong memberi pendapatnya tentang ciri wanita yang dia tidak suka. “Kalau baru ditegur sikit melenting, menjawab dan perkataan yang keluar dari mulut itu yang tak manis belaka, tak payahlah buat isteri”, tambahnya lagi yang belum berumahtangga. Lelaki sensitif kepada sikap wanita terhadap orang-orang tua, terutama sekali ahli keluarga.

Kebersihan Tidak Terjaga Penampilan itu penting samada dalam kerjaya atau dalam mencari teman hidup. “Tengok jari, kuku tidak dipotong dan tidak bersih, tengok kaki pun sama. Kalau badan tak tahu jaga, rumahtangga macamana?” Yus ( bkn nme sbnar ), 27, berasal dari Johor Bahru mengutamakan ciri kebersihan dalam mencari teman istimewa. Pewangi dan deodoran jangan lupa untuk dipakai, rambut perlu didandan bersih dan kalau pakai tudung, rambut perlu dibasuh selalu jangan sampai aroma rambut masam keluar ikut liang roma tudung.

Jaguh Merajuk “Saya fahamlah orang perempuan memang suka merajuk tapi kalau setiap kali pergi dating saya kena habiskan masa pujuk dia, saya pun fed-up juga”, Ismail ( bkn nme sbnar ), 28, anak jati Kuala Lumpur menceritakan pengalamannya mempunyai teman wanita kaki merajuk. Lelaki memang boleh memujuk tetapi kekerapan memujuk lebih daripada aktiviti lain akan menjadikan lelaki tawar hati.

Berpakaian Menjolok Mata Tidak dinafikan orang lelaki suka melihat wanita tetapi bukan yang ingin dijadikan miliknya! Tidak kiralah apa pun alasan yang mereka beri, alasan itu adil atau tidak, tetapi yang jelas orang lelaki tidak gemar wanita yang berpakaian sehingga menjolok mata. “Macamana nak bawa jumpa keluarga, jumpa teman-teman kalau pakai baju yang saya sendiri pun malu nak pandang,” komen Mus ( bkkn nme sbnar ), 23, pemuda berasal dari negeri Cik Siti Wan Kembang tentang ciri wanita yang tidak digemarinya. Walaupun tidak bertudung, pakaian perlulah sopan apabila berada di khalayak.

Bersifat Kasar “Wanita itu menarik kerana kelembutannya. Biarlah sifat kasar ni lelaki je yang ada”, Jamal ( bkn nme sbnar ), 26, orang Melaka memilih kelembutan dan kesopanan sebagai ciri yang dicari dalam wanita idamannya. Gerak laku kasar seperti bercakap kasar, membuat kerja dengan kasar tidak digemari oleh kaum lelaki.